ASSEN, 28 JUN – Penunggang Yamaha, Fabio Quartararo menjuarai kejohanan MotoGP Belanda sekali gus melanjutkan kedudukan di tangga teratas dengan aksi mantap di Assen.
Dua penunggang Sepanyol iaitu Maverick Vinales dan Joan Mir melengkapkan podium ketika Quartararo meraih kemenangan keempat pada kempen ini sebelum memasuki waktu rehat pertengahan musim.
Quartararo, 22, memasuki panggal ketiga berada di kedudukan teratas perlumbaan dan melebarkan kelebihan 34 mata di hadapan pesaing di tangga kedua, Johann Zarco, yang terpaksa berpuas hati dengan meraih tempat keempat di Belanda. Penunggang Perancis, Zarco kini mengutip 122 mata sementara Francesco Bagnaia dari Itali men- gumpul 109 mata.
Vinales bersama pasukan Yamaha memulakan perlumbaan dari petak hadapan sebelum mencatatkan rekod baharu semasa pusingan kelayakan tetapi rakan sepasukannya, Quartararo yang berjaya mendominasi litar sepanjang perlumbaan.
Quartararo, yang lebih dikenali sebagai ‘El Diablo’, meraikan kemenangan dengan memukul bola gol di atas litar selepas tamat perlumbaan yang merujuk kepada video yang dimuat naik olehnya di media sosial pada pertengahan minggu. – AFP