Tuesday, December 31, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Que Haidar, Linda Jasmine sah cerai

    Selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Malaysia, Que Haidar mendedahkan dia dan isteri iaitu Linda Jasmine sudah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.

    Que atau Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45, berkata, walaupun jodoh tidak panjang namun mereka menerima ketentuan Allah SWT malah masih mengekalkan hubungan baik.

    “Allahuakbar, Alhamdulillah itu (penceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan terbaik untuk saya dan Linda Kami masih baik, tiada siapa mahu bercerai.

    “Mungkin ini jalan terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu,” katanya kepada mStar.

    Que berkongsi perkara itu ketika ditemui di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

    Dalam pada itu, aktor berkenaan enggan mendedahkan punca penceraian memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

    Jelas Que, dia bersyukur kerana anak-anaknya iaitu Ratu dan Cleopatra sudah matang dan menerima penceraiannya dan Linda dengan baik.

    “Hal rumah tangga merupakan hal peribadi. Perkara seperti ini (penceraian) bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan terbaik.”

    “Kami masih saling memberikan sokongan, apa terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda perlu diuar-uarkan atau dikongsi.

    “Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga terima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kami,” ujarnya. – Agensi

    Que dan Linda (kiri) sepakat untuk berpisah. – Sinar Harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda