Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Queensland larang ujian dadah bagi tujuan rekreasi

    SYDNEY, 19 SEPT – Negeri Queensland di Australia telah mengharamkan ujian dadah untuk kegunaan rekreasi, mencetuskan amaran daripada penyedia perkhidmatan kesihatan, hari ini, bahawa langkah itu boleh membahayakan nyawa.

    Data terkini menunjukkan Queensland merupakan negeri ketiga tertinggi penggunaan dadah di Australia, dengan kira-kira seorang daripada lima penduduk negeri itu melaporkan pernah menggunakannya dalam tempoh 12 bulan lalu.

    Pada akhir Khamis, kerajaan negeri di timur laut itu mengumumkan ia akan melarang pembiayaan bagi perkhidmatan ujian yang memeriksa ketulenan kimia dadah untuk memastikan sama ada ia dicampur dengan bahan berbahaya lain.

    Menteri Kesihatan negeri, Tim Nicholls berkata kerajaan mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap dadah haram.

    “Tiada cara selamat untuk mengambil dadah,” katanya. “Perkhidmatan ujian dadah memberikan mesej yang salah kepada rakyat Queensland.”

    Cameron Francis, ketua eksekutif badan bukan untung The Loop Australia, iaitu perkhidmatan ujian yang pernah beroperasi di Queensland, memberitahu AFP beliau ‘kecewa dan sedih’ dengan keputusan itu.

    “Tanpa perkhidmatan seperti ujian pil, kita tidak tahu apa yang diedarkan sehingga sudah terlambat,” katanya kepada AFP.

    Beliau turut memberi amaran bahawa pasaran dadah Australia semakin berbahaya dengan peningkatan dadah opioid sintetik seperti fentanyl.

    Angka rasmi menunjukkan seramai 3.9 juta orang kira-kira 18 peratus rakyat Australia berusia 14 tahun ke atas telah menggunakan dadah haram dalam tempoh setahun lalu. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...