Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Queiroz: Chile pasukan pilihan

    SAO PAULO, 28 JUN – Jurulatih Colombia Carlos Queiroz (bawah bawah) berkata juara bertahan Chile menjadi pasukan pilihan pada perlawanan suku akhir Copa America di Arena Corinthians, Sao Paulo, awal pagi esok.

    Colombia mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan satu-satunya rekod sempurna yang bermula dengan kemenangan 2-0 ke atas Argentina diketuai Lionel Messi.

    Juara dua kali berturut-turut, Chile memulakan kempen bergaya dengan membenam pasukan jemputan Jepun 4-0 namun berakhir sebagai naib juara kumpulan selepas tewas 0-1 di tangan Uruguay.

    “Chile pasukan yang penuh dengan sejarah, tradisi kemenangan hebat, mereka melakukannya buat bertahun-tahun lamanya,” kata Queiroz dari Portugal, bekas jurulatih Real Madrid.

    “Mereka mempunyai tanggungjawab besar, mereka juara bertahan dan pilihan untuk memenangi Copa America, seperti Uruguay, Argentina dan Brazil, yang pernah memenangi kejuaraan,” katanya.

    Uruguay memegang rekod 15 kali juara diikuti Argentina dengan 14 dan Brazil lapan. Chile menang dua edisi terdahulu manakala Colombia pernah menang sekali di laman sendiri pada 2001.

    “Menang atau meningkat, itulah pilihan yang kami ada. Juara adalah Chile, kami hadir ke sini untuk meningkat atau belajar daripada mereka. Mereka perlu mempertahankan kejuaraan.”

    Bagi Colombia yang sering tunduk dalam tekanan sebelum ini, Queiroz mahukan pasukannya supaya menikmati sepenuhnya aksi di Arena Corinthians.

    “Ia perlawanan sukar, kami tahu tanggungjawab dan kepentingan perlawanan sebegini, tapi kami perlu menggunakan setiap kesempatan,” kata Queiroz, bekas pembantu Alex Ferguson di Manchester United. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda