Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qunut Nazilah mula dibacakan

    KUALA LUMPUR, 8 NOV – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menggesa pihak masjid, surau Jumaat dan seluruh surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk melaksanakan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat fardu bermula hari ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

    Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan gesaan mengadakan Qunut Nazilah itu dibuat susulan serangan berterusan rejim Israel di Gaza yang mengorbankan semakin banyak nyawa para syuhada.

    “Semoga doa dan munajat yang dititipkan tanpa henti daripada kejauhan akan menjadi asbab pertolongan Allah SWT serta meringankan penderitaan dan menghentikan segera serangan kejam yang tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Datuk Mohd Ajib bergambar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Majlis Persidangan Penguatkuasaan Isu-isu Semasa Syariah 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 30 Oktober lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda