Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qurratu’ain sasar podium Kejohanan Boling Tenpin Remaja Asia

    PETALING JAYA, 21 OGOS – Selepas merangkul lima emas pada Kejohanan Remaja Asia di Doha bulan lepas, Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi berharap dapat mengekalkan momentum prestasinya bagi meraih kejayaan dalam Kejohanan Boling Tenpin Remaja Asia ke-22, bermula hari ini hingga 27 Ogos di Sunway Mega Lanes, di Petaling Jaya.

    Atlet berusia 17 tahun itu berkata berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri, beliau percaya dirinya serta rakan sepasukan berpeluang cerah untuk menaiki podium.

    “Kita telah menjalani latihan intensif, pagi dan petang seperti sebelum ke Doha…jadi saya sudah bersedia untuk acara esok,” kata atlet dari Selangor itu ketika ditemui pada majlis perasmian kejohanan hari ini.

    Kejohanan itu akan mempertandingkan acara perseorangan, beregu, berpasukan dan all events, sebelum berakhir dengan perlawanan final Masters bagi menentukan juara individu.

    Malaysia bakal diwakili Muhammad Danial Abu Samah, Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan, Muhammad Aiman Syahin Sulaiman dan Ethan Damien Goh bagi pasukan lelaki manakala pasukan wanita, selain Qurratu’Ain, dibarisi Adania Mohd Redzwan, Adelia Nur Irwan Syazalee dan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam. – Bernama

    Qurratu’Ain (empat, kiri) bersama rakan sepasukan pada majlis perasmian Kejohanan Boling Tenpin Remaja Asia ke-22 di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda