Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    R Kelly dihukum penjara 30 tahun

    Penyanyi R&B terkenal, R Kelly dijatuhi hukuman penjara 30 tahun, atas kesalahan selama beberapa dekad merekrut dan memerangkap remaja serta wanita untuk seks.

    “Saya bersyukur Robert Sylvester Kelly tiada dan akan menjauhkan diri serta tidak boleh membahayakan orang lain,” kata mangsa, Lizzette Martinez kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan di Brooklyn.

    Pada September 2021, Kelly didapati bersalah atas semua sembilan pertuduhan yang dihadapinya termasuk yang paling serius melakukan pemerasan.

    “Orang ramai perlu dilindungi daripada tingkah laku seperti ini,” kata Hakim Ann Donnelly.

    Breon Peace, peguam Amerika Syarikat (AS) untuk daerah Timur New York memuji hukuman itu sebagai keputusan terbaik untuk 11 mangsa yang memberi keterangan atas apa yang disifatkan ‘penderaan ngeri dan sadis yang mereka alami.’

    Peguam Kelly sebelum ini meminta hukuman ringan dengan maksimum kira-kira 17 tahun penjara.

    Peguam Jennifer Bonjean memberitahu hakim, anak guamnya adalah hasil didikan salah termasuk didera secara seksual ketika kecil.

    Hukuman itu dibuat lebih sebulan sebelum pemilihan juri akan dimulakan dalam perbicaraan kes berasingan di Mahkamah Persekutuan dihadapi Kelly yang sudah lama tertangguh di Chicago, pada 15 Ogos depan.

    Dalam kes itu, Kelly dan dua yang lain didakwa menipu dalam perbicaraan kes pornografi membabitkan penyanyi itu pada 2008, dan menyembunyikan penderaan seksual terhadap individu bawah umur, selama bertahun-tahun. – Agensi

    R Kelly dijatuhi hukuman penjara 30 tahun, atas kesalahan selama beberapa dekad merekrut dan memerangkap remaja serta wanita untuk seks. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...