Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rabies: 10 kes direkodkan minggu ini

    KUCHING, 25 OGOS – Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr Adrian Susin Ambud.

    Beliau berkata empat kes daripadanya dikesan di Kuching, dua di Padawan manakala masing-masing satu kes di Samarahan, Serian, Lundu dan Bintulu.

    Menurut Dr Adrian, Sarawak sedang giat memantau situasi wabak berkenaan dan memperbanyak program vaksinasi antirabies di seluruh negeri.

    “Kami (JPV Sarawak) ingin merayu semua pemilik anjing supaya menghantar haiwan mereka untuk vaksinasi rabies kerana ia diwajibkan mengikut Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

    “Pemilik anjing mesti bertanggungjawab memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin dengan vaksin antirabies,”katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda