Rabiot sedia kembali ke Juventus

ROM, 13 MEI – Pemain tengah Juventus dari Perancis, Adrien Rabiot secara tegas hari ini berkata kelewatannya kembali ke Turin adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapinya dalam kelabnya berikutan dengan isu pemotongan gaji di tengah-tengah krisis pandemik COVID-19.

“Apabila anda menyedarinya, ia adalah hari terakhir anda berdepan dengan masalah ini!” Rabiot menulis di Instagram, bersama dua emoji ketawa dan foto dirinya yang kelihatan sedih.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang telah menghabiskan masanya dalam perintah berkurung selama dua bulan di rumahnya di French Riviera, kini bersedia untuk kembali ke Turin hari ini.

Akhbar Itali La Stampa telah mendakwa bahawa dia sebelum ini menyatakan rasa tidak bersetuju berikutan dengan keputusan kelab untuk melakukan pemotongan gaji seperti yang dilakukan oleh sebahagian kelab.

Sebilangan besar pemain Serie A kini kembali ke Itali, termasuk bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dan pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic.

Kelab-kelab Itali telah dibenarkan untuk meneruskan latihan individu sejak 4 Mei, tetapi ini merupakan pilihan untuk pemain.

Di Juventus, selain Rabiot, penyerang Argentina, Gonzalo Higuain juga belum kembali ke utara Itali. – AFP