Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rabitah Alumni Al-Azhar anjur Mesyuarat Agung ke-4

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Al-Syarif Brunei Darussalam, telah menganjurkan Mesyuarat Agung kali ke-4 yang berlangsung di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), pagi tadi.

    Mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun sekali itu bertujuan untuk meneliti dan mengesahkan minit mesyuarat perhimpunan yang lepas, serta membentangkan laporan dan penyata kewangan bagi tahun 1444-1445H.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Ra’es Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, jawatankuasa eksekutif dan ahli-ahli Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, dan doa yang dipimpin oleh ahli Rabitah Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Haji Kamsani, diikuti ucapan pembukaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Mesyuarat Agung ke-4 Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, Awang Muhammad Adham bin Hashim.

    Acara diteruskan dengan pelancaran Sautur Rabitah edisi ke-2 oleh Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, yang memilih untuk menerbitkan edisi tersebut dalam bentuk fizikal dan digital bagi memudahkan akses, di mana edisi pertama juga diterbitkan secara fizikal untuk disimpan dalam arkib rabitah dan dimanfaatkan oleh pembaca.

    Majlis diteruskan dengan acara utama bermula dengan meneliti dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung ke-3 Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan diikuti dengan pembentangan laporan program dan aktiviti disampaikan oleh Setiausaha Agung Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam bagi sesi 1444-1445H, Haji Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Mesyuarat tersebut juga menyaksikan pembubaran Jawatankuasa Eksekutif 1444-1445H dan pelantikan ahli jawatankuasa eksekutif baharu bagi penggal 1446-1447H.

    Majlis ditutup dengan ucapan ringkas dan penangguhan daripada salah seorang wakil ahli jawatankuasa eksekutif baharu dan bacaan Surah Al-‘Ashr serta tasbih Kaffarah Al-Majlis secara beramai-ramai.

    Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz semasa menerima cenderahati. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antar jemputan yang hadir pada mesyuarat tersebut di Dewan Auditorium UNISSA. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda