Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    RACOBRA, Duratex anjur lumba bot kawalan jauh

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke-76 tahun, Persatuan Lumba Bot Kawalan Jauh (RACOBRA) dan Pasukan TJRC Duratex telah menganjurkan perlumbaan bot kawalan radio di Kampung Tanah Jambu baru-baru ini.

    Pertandingan menyaksikan 87 bot kawalan jauh bersaing dalam lima kategori, termasuk F1 piston 38mm dan ke atas, FI 35cc di bawah piston 36mm di bawah, mono tempatan terbuka cc dan import mono terbuka cc serta FI import terbuka cc.

    Kesemua empat daerah telah mengambil bahagian dalam pertandingan selain peserta dari Limbang, Sarawak.

    Naib Presiden RACOBRA, Awang Hirman bin Ladis dan Pengurus Pasukan Duratex Keegan Khoo menyampaikan hadiah kepada pemenang selepas acara.

    Perlumbaan bot tersebut diadakan buat pertama kalinya sejak bermulanya pandemik COVID di negara.

    Salah seorang pemenang menerima hadiah pada perlumbaan bot kawalan jauh yang berlangsung di Kampung Tanah Jambu baru-baru ini. – Gambar serahan RACOBRA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda