Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Racun rakan sekerja kerana cemburu naik pangkat

    GOIAS, 18 MAC – Seorang pekerja tekstil di Brazil ditahan selepas dipercayai meracun minuman rakan sekerjanya berikutan pertelingkahan mengenai kenaikan pangkat yang dianggap tidak adil.

    Memetik laporan lapor Oddity Central, kejadian berlaku di sebuah kilang tekstil di bandar Abadia de Goias bulan lalu.

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek wanita berusia 38 tahun, mencampurkan bahan kimia ke dalam botol air milik rakan sekerjanya sebelum mangsa meminumnya dan mengalami rasa tekak seolah-olah terbakar.

    Pemeriksaan lanjut terhadap bekas minuman itu mendapati ia mengandungi bahan pelarut berkepekatan tinggi yang boleh membahayakan nyawa.

    Siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu sebelum ini berkawan rapat, namun hubungan mereka renggang selepas mangsa mendapat kenaikan pangkat yang tidak disenangi suspek.

    Pihak polis memaklumkan bahawa suspek turut memasuki kawasan pengurusan bahan kimia syarikat tanpa kebenaran, dipercayai untuk mendapatkan bahan pelarut tersebut.

    Rakaman CCTV menunjukkan suspek menceroboh kawasan khas pengurusan yang menyimpan bahan kimia di kilang di bandar Abadia de Goias. – Agensi

    Mangsa yang menyedari sesuatu tidak kena selepas meneguk air itu segera mendapatkan bantuan perubatan sebelum dikejarkan ke hospital. Dia kini pulih sepenuhnya, namun doktor mengesahkan racun itu boleh membawa maut sekiranya diminum dalam jumlah lebih banyak.

    Selepas meneliti rakaman CCTV, pihak polis menahan suspek pada 27 Februari lalu.Hasil siasatan mendapati dia mengaku telah mencampurkan bahan kimia itu ke dalam minuman mangsa selepas berlaku pertengkaran antara mereka. Suspek kini berdepan tuduhan cubaan membunuh dengan niat yang boleh membawa hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun jika disabit kesalahan. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Bolsonaro ditahan cuba patahkan gelang elektronik

    BRASILIA, 23 NOV — Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro,...

    Brazil anggap penarikan balik tarif AS sebagai ‘kemajuan signifikan’

    SAO PAULO, 23 NOV - Naib Presiden Brazil, Geraldo...

    Kebakaran cetus pemindahan di COP30 Brazil, 13 sesak nafas

    BELEM, 21 NOV – Kebakaran yang merebak pantas di...

    76 tamat kursus kendalian kertas siasatan, proses pendakwaan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV - Seramai...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...