Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Racun ulat asal daripada bakteria?

    SYDNEY, 11 JULAI – Racun pencetus trauma ulat berduri Amerika boleh menembusi sel hasil daripada mekanisme yang diwarisi 400 juta tahun lalu daripada bakteria, kata sepasukan saintis Australia hari ini.

    Ulat asp, yang suka pada pokok oak dan elm di Amerika Utara tempat asalnya, kelihatan hampir tidak berbahaya, dengan duri-durinya yang menyerupai bulu.

    Tetapi bulu-bulu itu menyembunyikan duri yang boleh memberi “sengatan pedih yang diumpamakan seperti menyentuh arang terbakar atau trauma objek tumpul – selalunya menyebabkan mangsa dimasukkan ke hospital,” kata penyelidik di Universiti Queensland Australia.

    Para saintis mendapati racunnya tidak seperti apa yang dilihat sebelum ini dalam serangga, kata Andrew Walker, yang mengetuai pasukan penyelidikan biosains molekul.

    Proteinnya adalah seperti toksin yang dihasilkan oleh bakteria seperti E. coli dan Salmonella, yang melekat pada permukaan sel dan berkumpul menjadi struktur seperti donat yang membentuk lubang, kata pasukan itu.

    “Racun dalam ulat ini telah berkembang melalui pemindahan gen daripada bakteria lebih daripada 400 juta tahun yang lalu,” kata Walker.

    Toksin sedemikian mungkin mempunyai potensi tertentu dalam pembangunan ubat masa depan disebabkan keupayaan ulat memasuki sel, tambahnya. – AFP

    Ulat yang menyembunyikan racun berbisa. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda