Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Raducanu optimis walau kecundang

    LONDON, 30 JUN – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu tidak menyatakan tekanan yang dialami selepas tersingkir daripada Kejohanan Wimbledon dalam pusingan kedua yang berlangsung kelmarin.

    Pemain pilihan ke-10 itu tewas dengan keputusan 6-3, 6-4 ketika menentang Caroline Garcia, keputusan perlawanan yang mengecewakan penyokong tuan rumah di Centre Court itu.

    Walau bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu bersikap optimis selepas kekalahannya, berkata bahawa dia tidak ada keyakinan pada dirinya sendiri.

    Raducanu semasa ditanya sama ada mengalami tekanan di Wimbledon sekali lagi dapat membantunya membuat persiapan untuk mempertahankan kejohanan Terbuka AS.

    Pemain tersebut membalas soalan berkenaan dengan menjawab dia tidak sabar untuk kembali ke Flushing Meadows.

    Aksi Emma Raducanu ketika membalas pukulan Caroline Garcia semasa perlawanan perseorangan di Kejohanan Wimbledon, London. – AP

    “Tidak ada tekanan,” katanya. “Kenapa harus ada rasa tertekan? Saya masih lagi berusia 19 tahun.

    “Saya tidak risau mengenai itu. Maksud saya, bagi saya semua perkara yang terjadi adalah pelajaran. Saya menikmati setiap cabaran yang dilontarkan kepada saya,” katanya.

    Raducanu, bergelut dalam perlawa-nan Wimbledon kerana kecederaan otot, ditewaskan lima kali dalam perlawanan menentang pesaing dari Perancis yang berada di ranking ke-55 dunia.

    Pemain Britain itu berada dalam keadaan yang teruk pada permulaan pertandingan tersebut selepas servis pertamanya Garcia mematahkan servis pusingan pertama dan hanya memenangi 45 peratus daripada mata pada servis pertamanya.

    Dia berkata masalah berpunca daripada kekurangan waktu beraksi di gelanggang sejak Terbuka Perancis akibat beberapa kecederaan tetapi dia sudah bersedia untuk Wimbledon.

    “Saya mengisytiharkan diri saya cergas sepenuhnya apabila menjejakkan kaki ke gelanggang pada hari pertama,” katanya.

    “Tetapi saya hanya bermain tenis selama tujuh jam dalam sebulan. Untuk bersaing dengan pemain di tahap seperti ini dan memenangi pusingan, saya berasa ia adalah satu pencapaian yang terbaik,” katanya lagi.

    Sementara itu, Garcia, beraksi selepas menjuarai kejohanan di Bad Homberg yang lalu, mempamerkan aksi yang menakjubkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...