LOS ANGELES, 30 SEPT – Juara Terbuka AS yang baru dinobatkan, Emma Raducanu telah menerima ‘wild card’ dalam pertandingan Indian Wells ATP/WTA yang akan bermula di California minggu depan, kata penganjur pada hari Selasa.
Pemain yang berusia 18 tahun itu mengejutkan dunia tenis setelah memenangi Terbuka AS dan akan membuat penampilan pada acara 4 Okt hingga 17 Okt.
Ini merupakan perhentian terakhir bagi musim yang luar biasa buat Raducanu, yang pertama kali sertai WTA Tour pada bulan Jun. Remaja tersebut memasuki pusingan keempat di Wimbledon dan menjadi pemain kelayakan pertama dalam sejarah untuk memenangi Grand Slam dengan kemenangannya di Flushing Meadows awal bulan ini.
Kemenangan Grand Slam oleh Raducanu telah melonjakkannya dalam ranking dunia, meningkat ke nombor 22 dunia. Kejohanan tersebut dijadualkan semula ke bulan Oktober dari bulan Mac atas sebab pandemik COVID-19. – AFP