LONDON, 10 JUN – Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu mencuri tumpuan ketika tenis wanita kembali ke Queen’s Club buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun kelmarin.
Dengan bahang kejuaraan Terbuka Perancis masih terasa yang dimenangi oleh Carlos Alcaraz dan Coco Gauff hujung minggu lalu, Queen’s menandakan peralihan ke gelanggang rumput dan acara tahun ini merupakan detik penting dalam kalender tenis. Sejak 1973, Queen’s telah menjadi acara ATP.
Tetapi perjanjian pecah tanah dicapai tahun lalu untuk bermain kejohanan WTA 500 di Barons Court sebelum lelaki bertanding mulai 16 Jun.
Juara Wimbledon, Barbora Krejcikova; juara Terbuka Australia, Madison Keys; pemenang Wimbledon 2022, Elena Rybakina; dan pemain nombor lima dunia, Zheng Qinwen adalah antara bintang wanita yang bakal beraksi di Queen’s minggu ini.
Tetapi Raducanu, yang terkenal memenangi Terbuka AS sebagai kelayakan berusia 18 tahun pada 2021, menjadi tajuk utama pada hari pembukaan.
Peminat beratur selama sejam untuk melihat bintang kelahiran Britain itu bergandingan dengan Katie Boulter dalam kemenangan beregu pusingan pertama 6-4, 6-2 ke atas Jiang Xinyu dan Wu Feng-Hsien.
Raducanu, yang menentang Cristina Bucsa dalam pusingan pertama perseorangan hari ini, menikmati pengalaman di Court One, bergurau dengan Boulter dan juga ketawa dengan penonton.
“Saya suka bermain di gelanggang yang lebih kecil di mana saya benar-benar merasakan sokongan dan orang ramai menyertainya,” katanya.
Raducanu, yang bergelut dengan prestasi buruk dan kecederaan bahagian belakang tahun ini, kelihatan cergas semula bersama Boulter. – AFP
