Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rafak syukur puja usia

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Sempena Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kementerian Kesihatan lewat petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Nuurul ‘Inayah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Guru Ugama, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Metassim.

    Selesai sembahyang berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin, ketua-ketua jabatan berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan hadir menyertai Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Surau Nuurul ‘Inayah, RIPAS, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara jemaah perempuan yang hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda