Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raffi Ahmad akhirnya bakal tunai haji bersama keluarga tahun ini

    Selepas tiga kali menolak tawaran mengerjakan haji, impian pelakon Raffi Ahmad mahu membawa keluarga menunaikan ibadah itu bakal tercapai tahun ini, lapor mStar.

    Menurut Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 37, mereka sekeluarga bakal menunaikan haji furada iaitu menggunakan visa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi sendiri yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.

    Raffi turut memohon doa agar segala urusan ibadah mereka sekeluarga dipermudahkan.

    “Alhamdulillah hari ini (Isnin) kami menjalani kursus ibadah haji furada. Bismillah semoga segala persiapan dan pelaksanaan haji keluar kami dipermudahkan,” katanya.

    Raffi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Rafi dan isteri bakal menunaikan haji pada tahun ini. – mStar

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Raffi dan keluarganya dilihat mengenakan busana Muslim berwarna putih dan sedang khusyuk mendengar serta mengikuti panduan tatacara menunaikan haji.

    Difahamkan, Raffi bakal berangkat menunaikan haji bersama keluarga terdekat termasuk isterinya Nagita Slavina, ibu mereka Amy Qanita, Rieta Amalia, adik-beradik Nisya Ahmad, Syahmaz Sadiqah, Caca Tengker bersama beberapa kakitangan Rans Entertainment.

    Pun begitu, tarikh mereka sekeluarga berangkat ke Tanah Suci masih lagi belum diketahui.

    Sebelum ini, Raffi sudah tiga kali membatalkan niat untuk menjalani ibadah haji dengan pelbagai alasan termasuk belum bersedia bagi melengkapkan rukum Islam yang kelima itu.

    Pun begitu, aktor berkenaan masih menyimpan impian untuk menunaikan haji pada tahun ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda