Niat pelakon Raffi Ahmad untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan ibu bapanya tahun ini berkemungkinan tidak kesampaian.
Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 36, berkata, dia sangat yakin mereka sekeluarga tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini.
“Saya pasti 99 peratus yang kami tidak dapat melakukan ibadah haji pada tahun ini,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di YouTube FYP Trans7.
Kata Rafi, ini bukan kali pertama dia membatalkan niat menunaikan haji kerana sebelum ini dia sudah beberapa kali melakukan perkara itu dengan pelbagai alasan.
“Kali pertama terjadi saya rasa mungkin belum masanya untuk kami melakukan ibadah haji, tapi apabila ditunda ke tahun yang lain, kami mempunyai masalah mendapatkan visa pula.
“Yang terakhir, ibu pula membatalkan niat untuk menunaikan haji. Kalau begitu sekali lagi saya rasa rasa mungkin belum waktunya untuk kami pergi tahun ini,” katanya.
Raffi bagaimanapun memberitahu dia tidak menyalahkan sesiapa dan mengakui sebenarnya belum berniat untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. – Agensi