Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raffi Ahmad tolak tawaran parti politik

    Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2024 Indonesia, beberapa selebriti telah membuat pilihan untuk menyokong salah sebuah parti politik.

    Namun, hingga kini, Raffi Ahmad belum menunjukkan sokongannya kepada mana-mana parti politik, lapor tabloidbintang.

    Apabila ditanya mengenai keinginan untuk terlibat dalam politik seperti adiknya, Nisya Ahmad, Raffi yang merupakan seorang bapa kepada dua anak, mengakui bahawa beliau telah menerima banyak tawaran.

    “Ya, memang banyak tawaran yang masuk,” kata Raffi baru-baru ini.

    Namun sayangnya, Raffi telah menolak semua tawaran untuk menjadi ahli parti politik.

    Rafii Ahmad mahu tumpu perhatian terhadap RANS. – mStar

    Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mempercayainya.

    “Saya berterima kasih kepada semua yang menawarkannya kepada saya,” ujar Raffi.

    “Namun, saya menolak. Kini, saya sedang fokus pada RANS dan juga beberapa komitmen kerja,” tambah Raffi Ahmad.

    Bagi Raffi, setiap individu dalam keluarga memiliki jalannya masing-masing.

    “Ada yang menjadi usahawan, ada yang terlibat dalam politik, dan ada yang berada dalam bidang lain. Setiap keluarga memiliki peranannya sendiri,” tutur Raffi.

    Sebelum ini, Nisya Ahmad dan Jeje Govinda telah mengumumkan niat untuk bertanding sebagai calon parlimen (Caleg). – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda