Selasa, Julai 29, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rafiena ‘naik angin’ pelakon wanita buat hal

    Penerbit Datuk Rafiena hilang sabar apabila seorang pelakon wanita lewat 40-an didakwa cuba memburukkan nama produksi drama bersiri Kerana Seorang Lelaki selepas dikatakan tidak membuat pembayaran kepada artis. 

    Rafiena atau Rafiena Ezanee Ramli, 43, berkata, pelakon wanita berkenaan juga dikatakan tidak membalas mesej yang dihantar secara peribadi sebaliknya terus membuat kecoh di kumpulan WhatsApp.  

    “Kalau saya tidak jawab dalam tempoh 24 jam, dia ada hak nak bertanya dalam kumpulan WhatsApp yang ada semua pelakon. Jadi mungkin pengarah produksi boleh ingatkan saya”. 

    “Tapi saya sudah mesej beritahu bayaran dah keluar, kontrak juga sudah ada dan boleh datang ambil bila-bila masa. Dia tak balas langsung selama tiga hari”. 

    “Kenapa dia nak busukkan nama saya seolah-olah saya tidak bayar pelakon,” katanya kepada mStar

    Dalam pada itu, Rafiena memberitahu sebelum ini dia sudah memaklumkan tentang pembayaran yang akan dibuat setiap 20 episod ditayangkan. 

    Pun begitu, penerbit berkenaan tidak mengetahui niat sebenar aktres itu kerana dikatakan sengaja mahu merosakkan kredibilitinya kepada pelakon lain. 

    “Kami sedang menjalani penggambaran drama 40 episod, sebelum itu lagi kami sudah jelaskan ada dua bahagian pembayaran setiap 20 episod, jadi pihak produksi akan bayar 50-50. 

    “Tapi dekat belakang, dia pergi menghasut semua artis cerita buruk fasal produksi saya. Dia suruh hati-hati dengan syarikat produksi saya sebab nanti tak bayar. Jahat tak? Semua artis-artis ini sampaikan kepada saya,” ujarnya. 

    Tidak hanya itu, pelakon tersebut juga didakwa mengugut pihak produksi memberitahu dia tidak mahu datang ke set penggambaran sekiranya pembayaran masih belum dibuat. 

    Pun begitu, Rafiena mengingatkan pelakon tersebut agar menjaga tingkah laku kerana masih ramai bakat-bakat baharu yang boleh diberi tawaran berlakon. 

    “Kita tak boleh cakap besar, dia kena tahu industri hiburan tak besar mana. Sekarang ini hari-hari ada muka baru dan sebagai penerbit macam-macam artis kita boleh ambil berlakon,” katanya. 

    Sebelum ini, Rafiena meluahkan rasa kesal dengan berkongsi petikan kata-kata hikmah di Instastory miliknya. 

    Dalam hantaran dibuat, Rafiena turut memberitahu dia tidak akan bertoleransi dengan individu toksik yang mahu menjatuhkan nama produksi miliknya. – Agensi

    Rafiena kesal artis cerita buruk fasal produksinya.-mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda