MADRID, 1 Julai – Pemain tengah Barcelona, Rafinha Alcantara semalam mengakui bahawa dia memburu peluang untuk kembali ke Inter Milan.
Rafinha yang menghabiskan separuh masanya musim lalu sebagai pemain pinjaman untuk sebuah kelab Itali, membuat 17 kemunculan dan masa depannya di Barcelona kelihatan tidak jelas, pemain berusia 25 tahun itu turut mengakui bahawa dia sedang menimbangkan pilihannya yang ada.
“Sekiranya saya tahu masa depan saya, saya jamin saya akan memberitahunya,” katanya semasa sidang media ketika jelajah Amerika Barcelona, di mana mereka bersaing dalam Piala Juara-juara Antarabangsa.
“Terdapat banyak khabar angin, namun saya memberitahu orang ramai bahawa saya mempunyai keyakinan selepas soalan-soalan ini,” kata pemain itu, yang mengimbau semula saatnya beraksi di Inter Milan.
“Saya mempunyai tempoh yang sangat baik di Inter dan saya gembira sekiranya dapat meneruskannya di sana, namun saya adalah seorang pemain Barcelona,” katanya, sebelum mengakui bahawa ‘mana-mana pemain bola sepak yang mahu beraksi, saya tidak tahu sama ada di sini atau di tempat lain, saya hanya mahu beraksi. – Xinhua