BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Keadaan cuaca Negara Brunei Darussalam akan dipengaruhi secara tidak langsung oleh Taufan Ragasa, di mana cuaca aktif diramal berterusan bermula 23 hingga 26 September, dengan hujan sekali-sekala lebat dan berpetir berserta angin kencang dijangka akan menjejaskan kebanyakan kawasan negara. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam

