Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ragbi Brunei sertai perlawanan di Jakarta

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Pasukan Ragbi Sepasukan Kebangsaan Brunei berlepas ke Jakarta, Indonesia, kelmarin bagi bersaing dalam perlawanan tahunan Asia Rugby Sevens Trophy 2022.

    Tahun ini, Brunei telah menghantar pemain muda pasukan tersebut dalam merealisasikan pelan lima tahun bagi mengukuhkan kedudukan mereka. Pemain muda dihantar bersaing di peringkat antarabangsa bagi mendedahkan pemain-pemain tersebut dengan situasi sebenar perlawanan ragbi.

    Antara negara yang menyertai perlawanan tahun ini adalah Afghanistan, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Kyrgyzstan, Pakistan, Kazakhstan, Singapura, Thailand dan Uzbekistan.

    Pasukan Ragbi Brunei menyampaikan penghargaan mereka kepada penyokong-penyokong serta penaja dalam memperkukuh usaha jangka panjang pasukan tersebut. Pasukan itu berharap dengan sokongan yang ada, Ragbi Brunei akan menjadi antara yang terbaik di Asia.

    Orang ramai boleh mengikut perlawanan melalui laman Facebook dan Instagram @asiarugbylive dan layari @bruneirugby untuk maklumat lanjut. terkini.

    Pasukan Ragbi Brunei bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda