WELLINGTON, 30 APRIL – Ragbi New Zealand (NZR) melaporkan kerugian sebanyak AS$4.5 juta pada tahun kewangan yang lalu dan meramalkan penurunan pendapatan sebanyak 70 peratus pada tahun ini yang mungkin hanya ramalan kesan kewangan daripada wabak koronavirus.
Defisit yang dinyatakan pada mesyuarat tahunan NZR hari ini, 37 peratus lebih baik daripada defisit AS$7.2 juta belanjawan yang ditetapkan oleh pertubuhan pada tahun 2019, berdasarkan pengurangan pendapatan dari perlawanan antarabangsa kerana Piala Dunia Ragbi tahun lalu di Jepun.
Pegawai kewangan NZR, Nicki Nicol menerangkan unjuran kehilangan pendapatan tahun ini, dengan Super Ragbi digantungkan dan perlawanan ujian pertengahan tahun berkemungkinan besar tidak akan diadakan. – AP