Wednesday, December 25, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ragbi wanita Malaysia sasar pingat

    LABUAN, 16 OGOS – Skuad ragbi wanita Malaysia telah melengkapkan latihan intensif berpusat mereka di pulau bebas cukai ini bagi menghadapi Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Lelaki dan Wanita B20 Asia di Kathmandu, Nepal dari 19 hingga 20 Ogos ini.  

    Timbalan Chef de Mission, Sukor Ashak berkata para pemain mempamerkan keyakinan dan dedikasi tinggi semasa latihan, memberikan harapan cerah untuk aksi hebat dalam pertandingan yang amat dinantikan itu. 

    “Di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, pasukan ini menjalani sesi latih tubi bagi tujuan mempertingkatkan kemahiran mereka dan kerjasama sepasukan. Pemain menumpukan pelbagai aspek dalam permainan termasuk ketangkasan, stamina, strategi dan komunikasi,” katanya selepas penyerahan bendera Jalur Gemilang daripada Pengerusi Majlis Sukan Labuan, Rithuan Ismail kepada Kapten Skuad Ragbi Kebangsaan, Zaryssa Awang Daniel di sini hari ini.  

    Rithuan berkata ragbi wanita telah menunjukkan kemajuan ketara beberapa tahun ini dan penyertaan skuad ragbi wanita Malaysia dalam Kejohanan Tujuh Sebelah B20 Asia adalah bukti kerja keras dan dedikasi mereka.

    “Kami bangga melihat atlet muda melangkah ke pentas antarabangsa dengan keyakinan dan penuh semangat … komitmen mereka menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh negara yang bercita-cita menjadi atlet.

    “Kejohanan Tujuh Sebelah B20 Asia menjanjikan saingan yang mengujakan dengan pasukan-pasukan dari seluruh benua bakal mempamerkan kehebatan mereka,” katanya. – Bernama

    Rithuan Ismail bergambar bersama skuad ragbi wanita bawah 20 (B20) negara, yang akan beraksi di Kejohanan Ragbi Wanita B20 di Kathmandu, Nepal pada 17 hingga 24 Ogos ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda