Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahm bukti magis masih berbisa

    LOS ANGELES, 26 JAN – Pemain ranking ketiga dunia, Jon Rahm mendahului saingan Terbuka Farmers Insurance selepas berakhir hari ketiga ketika Rory Mcllroy pula sedang memburu kembali ranking pertama dunia.

    Rahm melakukan lima birdie, satu eagle dan tanpa sebarang bogey untuk catatan tujuh bawah par 65 di Torrey Pines dengan Ryan Palmer ketinggalan satu pukulan untuk menduduki tempat kedua.

    “Saya dapat memberi fokus sepenuhnya. Untuk kekal tidak melakukan bogey di Torrey Pines adalah satu pencapaian yang baik.

    “Saya juga dapat melakukan pukulan putt dengan baik,” katanya.

    Woods, yang meraih lapan gelaran di Torrey Pines, ketinggalan lima pukulan di belakang Rahm menjelang aksi final.

    Mcllroy yang menduduki ranking kedua dunia ketika ini, memerlukan kemenangan untuk kembali merampas kedudukan nombor satu buat kali pertama sejak 2015.

    Dia melakukan 67 pukulan sekali gus menyertai kelompok ketiga bersama-sama Kang Sung, Harry Higgs dan Cameron Champ. – AFP

    Aksi Jon Rahm ketika melakukan pukulan semasa perlawanan pusingan ketiga di Selatan Torrey Pines di San Diego. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda