WASHINGTON, 31 OGOS – John Rahm membuat pukulan leret birdie 60 kaki dalam lubang pertama playoff kelmarin untuk memenangi Kejohanan Jelajah PGA AS BMW menewaskan pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson.
Pemain dari Sepanyol, Rahm menduduki rangking nombor dua di dunia di belakang Johnson, berada di kedudukan yang betul untuk memulakan pukulan di lubang pertama playoff di Olympia Fields berdekatan Chicago. Pukulan keduanya tersasar, menyebabkan dia mungkin akan terpaksa membuat dua pukulan leret yang sukar untuk pukulan par.
“Saya tidak terfikir saya mampu melakukan satu lagi pukulan 50 atau 60 kaki dan akhirnya memenangi perlawanan,” kata Rahm, yang meraikan kemenangan selepas pukulan leret memasuki lubang.
Pukulan permulaan Johnson turut tersasar yang menuju kawasan pokok dan terpaksa akur dengan keputusan. Pemain Amerika Syarikat kembali mengejar tetapi selepas percubaan birdie Rahm, percubaan birdie dari Johnson tersasar sedikit dari memasuki lubang. Johnson membuat pukulan birdie 43 kaki di lubang yang sama untuk mengejar playoff, menyertai Rahm yang empat bawah par 276 dalam acara kedua playoff Jelajah AS Piala FedEx.
Rahm melonjak ke puncak kedudukan dengan enam birdie dalam enam bawah par 64 – pusingan yang terendah minggu ini.
“Saya masih tidak percaya apa yang telah berlaku pada jam-jam terakhir perlawanan,” kata Rahm. “Dustin Johnson membuat pukulan leret, mara ke pusingan playoff, kemudian saya membuat pukulan leret dan cuba untuk mengekalkan mentaliti saya jika dia membuat pukulan terakhir – perlawanan yang mempunyai pasang surut tetapi sangat menyeronokkan.” – AFP