Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahm dahagakan lebih banyak gelaran utama

    AUGUSTA, AMERIKA SYARIKAT, 6 APRIL – Kemenangan Jon Rahm pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu telah meningkatkan hasratnya untuk mendapatkan lebih banyak gelaran utama, terutamanya, ‘jaket hijau’ yang diberikan memandangkan ia adalah sejarah kejayaan Sepanyol di Masters.

    Pemain berusia 27 tahun itu mahu mengikuti legasi pemenang Antarabangsa Augusta yang termasuk rakan sepasukan, Sergio Garcia, Jose Maria Olazabal dan mendiang Seve Ballesteros.

    “Saya berharap boleh menjadi yang keempat dalam senarai tersebut,” kata Rahm. “Terdapat banyak sejarah Sepanyol yang bagus di sini yang ingin saya tambahkan.”

    Pemain nombor dua dunia, Rahm merasakan keghairahan ketika dia membuat persiapan untuk penampilan Masters keenamnya tetapi pertama kali sebagai juara utama.

    “Awda pasti mahu mengulanginya. Mereka selalu mengatakan yang pertama adalah yang paling sukar. Ia adalah permulaan kepada apa yang kita mahu capai,” kata Rahm kelmarin mengenai memenangi kejuaraan. – AFP

    Aksi Jon Rahm memainkan pukulannya dari tee ke-14 semasa pusingan latihan sebelum kejohanan Masters di Kelab Golf Nasional Augusta. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda