Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahm khuatir Piala Ryder akan terjejas

    BROOKLINE, AMERIKA SYARIKAT, 15 JUN – Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS), Jon Rahm berkata pertelingkahan yang berlaku antara Jelajah PGA dan LIV Golf yang dibiayai oleh Saudi membuatkannya berasa bimbang dengan masa depan Piala Ryder.

    Pemain berusia 27 tahun dari Sepanyol, yang merangkul gelaran juara Terbuka AS tahun lalu di Torrey Pines, berlatih bersama Phil Mickelson dan Kevin Na, pemain yang berpindah ke kejohanan LIV Golf, kelmarin.

    Rahm, berkata dia tidak berminat untuk beraksi dalam siri LIV, kerana tidak menyukai dengan format 54-lubang.

    Walau bagaimanapun, Rahm khuatir jika para pemain membuat perpindahan, termasuk dengan rakan senegaranya, Sergio Garcia, tidak dibenarkan untuk bertanding dalam Piala Ryder.

    “Satu perkara yang sering terlintas di fikiran dengan semua kejadian ini dan apa yang bakal terjadi, saya berharap bahawa Piala Ryder tidak akan terjejas,” kata Rahm.

    Menurut Rahm, Piala Ryder adalah satu tarikan terbesar dalam sukan golf yang berpotensi melahirkan pemain baharu.

    Rahm bergandingan dengan Garcia untuk merangkul kemenangan kejohanan Eropah 2018 di Perancis tetapi tewas dalam Whistling Straits tahun lalu.

    Sementara itu, barisan pemain yang menyertai LIV Golf itu termasuk Dustin Johnson, Bryson DeChambeau, Patrick Reed, Phil Mickelson, malah Garcia, Ian Poulter dan Lee Westwood juga termasuk dalam senarai pemain tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda