Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahmad Mega puji artis veteran cari duit guna TikTok

    Penyanyi Rahmad Mega memuji tindakan artis-artis veteran yang bijak menggunakan kelebihan media sosial sebagai cara meraih pendapatan di media sosial.

    Rahmad atau Rahmad Tohak, 55, memandang perkara itu sebagai tindakan bijak daripada hanya menanti tawaran persembahan pentas atau berlakon yang tidak menentu.

    “Pada saya bagus (jana pendapatan di TikTok) sebab daripada mereka menunggu peluang kerja yang belum tentu ada. Macam majlis korporat sekarang pun selalu hanya panggil artis sedang trending sahaja. Jadi bila ada ruang untuk mereka cari pendapatan di TikTok walaupun tak banyak itu perkara yang harus dipuji,” katanya kepada mStar.

    Bagi dirinya sendiri, buat masa ini dia tidak bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan pendapatan kerana masih menerima undangan nyanyian. Bagaimanapun dia masih merasai hasil di TikTok sekitar RM200 ke RM300 sebulan.

    “Saya tak jana pendapatan secara serius di TikTok tapi ada dapat juga dalam sebulan RM200 atau RM300. Lagipun macam saya ada pendapatan lain kerana masih ada tawaran menyanyi. Tapi kalau rakan-rakan artis lain serius sebenarnya mungkin boleh dapat sehingga RM10,000 sebulan,” jelasnya. – Agensi

    Rahmad memuji segelintir artis vateran yang gunakan TikTok bagi menjana pendapatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda