Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahsia gaya tampil mewah

    Siapa cakap jika ingin bergaya perlu membeli pakaian dan barangan yang berjenama di butik-butik terkenal sahaja? Sebenarnya awda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar.

    Biar bijak berbelanja dan bergaya. Jangan jadi hamba jenama dan status semata-mata.

    Pada kali ini, dikongsikan kepada awda rahsia untuk menjadikan keseluruhan gaya kelihatan mewah walaupun hanya dari barangan bundle!

    1. PERMAINAN RONA HITAM

    Rahsia pertama, pilih warna hitam lebih mudah dan senang. Apa yang tidak kena dengan warna hitam? Simbol sofistikasi, bold dan elegan.

    Semuanya hanya dengan persalinan warna hitam. Beli sahaja rekaan pakaian dari atas sehingga bawah dalam rona hitam contohnya kemeja, t-shirt, seluar mahupun aksesori, pastikan rona hitam menyerlahkan sisi mewah awda.

    Hanya dengan mengenakan sehelai jaket awda mampu menyerlahkan gaya dan penampilan. – Gambar Envato
    Gambar Envato

    2. KUASA SEHELAI JAKET

    Siapa sangka sehelai jaket mampu mengubah keseluruhan gaya awda? Tidak kira rekaan potongan yang sedikit oversized mahupun slim fit, jaket boleh menjadikan gaya awda lebih mewah dan on-point! Apa yang penting, pastikan jaket tidak terlalu sarat dengan perincian butiran dan juga tidak keterlaluan dari segi coraknya.

    Lebih elok sekiranya mengenakan jaket denim atau formal jaket yang memberikan gaya kasual formal yang berkualiti.

    3. AKSESORI KEEMASAN

    Untuk tidak nampak bosan dalam gaya awda, padankan aksesori yang keemasan.

    Daripada cincin mahupun jam tangan, ia mampu menjadikan helaian yang dibeli dari bundle tampak mewah dan glamor!

    4. SAIZ MENGIKUT TUBUH BADAN

    Seterusnya berkaitan dengan saiz tubuh badan awda. Jika ingin membeli pakaian yang dijual di bundle, pastikan awda memilih rekaan yang sesuai dengan potongan badan.

    Saiz yang salah boleh menyebabkan keseluruhan gaya kelihatan ‘murah’ dan tidak bold.

    Jika saiz awda S, pastikan awda membeli S ataupun M.

    Jika mahu hasilkan gaya oversized, pastikan kemeja yang dibeli itu kemas dan sesuai untuk digayakan sebagai helaian oversized.

    Tetapi, bagi yang bersaiz besar, jangan pula membeli yang terlalu kecil dari tubuh awda.

    5. MENGGOSOK PAKAIAN DAHULU SEBELUM PAKAI

    Ini ramai yang terlupa untuk melakukannya. Baju yang kemas digosok dengan rapi secara tidak langsung menjadikan keseluruhan gaya awda kelihatan mewah.

    Bukan itu sahaja, ia juga seperti simbol personaliti awda yang sukakan kepada kekemasan dan kebersihan dalam setiap aspek.

    6. KURANGKAN PENGGUNAAN LOGO

    Rahsia terakhir, cuba elakkan membeli rekaan yang mempunyai banyak logo. Konsep ‘pasar malam’ amat terserlah apabila sesebuah rekaan itu memiliki banyak logo. Nampak murah dan tidak eksklusif. Adalah lebih baik jika memakai pakaian dengan rekaan yang kosong dalam gaya awda. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda