Oleh Aqilah HMS –
Aku selalu tertarik dengan tempat makan yang popular. Maklumlah, kalau restoran itu penuh orang, mestilah sedap atau ada sesuatu yang buat orang tertarik.
Jadi bila aku dengar tentang sebuah restoran baharu di bandar yang selalu penuh sampai susah nak dapat tempat duduk, aku terus terfikir nak ajak kawan aku pergi.
Namanya tidak perlu aku sebut, tapi restoran ni memang tular sebab ramai pengunjung, tidak kira waktu.
Hari tu aku ajak kawan aku, Amir, ikut sekali. Aku dah excited, bayangkan bau masakan yang sedap, bunyi pinggan mangkuk, gelak tawa orang, semuanya macam pengalaman makan yang mengujakan.
Tapi bila sampai, aku perasan Amir macam lain sikit. Dia duduk dekat tepi jalan, pandang restoran dengan muka risau. Aku tanya, “Kenapa? Tak nak masuk ke?” Dia senyum nipis, terus angguk-angguk, tapi tidak kata apa. Aku anggap dia cuma segan sebab ramai orang, jadi aku masuk seorang.


Aku duduk dekat kaunter, tengok menu, ambil masa nak pilih makanan. Sambil itu aku perhati keadaan dalam restoran. Memang ramai orang, bunyi hiruk-pikuk biasa restoran penuh.
Tapi ada satu perasaan aneh yang aku tidak boleh jelaskan. Entah kenapa, aku rasa mata aku sentiasa terpegun pada satu sudut, macam ada bayangan bergerak cepat. Tapi bila aku pandang betul-betul, kosong. Aku cuba abaikan dan teruskan makan.
Lepas selesai makan, aku keluar jumpa Amir. Dia masih berdiri di situ, muka dia pucat. Aku mula rasa pelik. “Kau okay ke? Kenapa tidak masuk?” Dia tarik nafas panjang dan akhirnya cakap sesuatu yang buat aku sejuk dari kepala sampai kaki.
“Kau perasan tak, aku nampak sesuatu di atas restoran tadi?” katanya perlahan. Aku angguk perlahan, tidak tahu nak kata apa. Dia sambung, “Sosok… berbadan besar, ganas… berdiri dekat atas restoran. Muka dia macam tidak seperti manusia, tapi aku rasa dia tengok aku.”
Aku terdiam. Masa tu aku rasa macam nak gelak pun ada, tapi ada sesuatu dalam nada Amir yang buat aku rasa serius.
Aku cuba tanya, “Kau sure ke ni bukan bayangan pokok ke atau mainan lampu?” Tapi dia kata tidak, ini benda hidup, besar dan ganas.
Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku cuma ajak dia balik rumah.
Sepanjang perjalanan, aku diam. Rasa macam ada benda menekan dada aku, walaupun aku tidak nampak apa-apa.
Seminggu kemudian, aku cerita pengalaman Amir itu kepada kawan aku yang lain, Hana.
Aku tidak sangka, dia pun ada pengalaman pelik dekat restoran tu.
“Aku pun pernah nampak benda yang sama masa aku seorang dekat situ,” katanya. Aku terkejut. “Benda sama? badannya besar, berdiri atas restoran?” Dia angguk.
Hana cerita lagi, “Aku pernah tengok owner kedai tu kangkang nasi kat kaunter. Kedai kotor gila. Aku tengok pekerja jatuhkan ayam kat lantai, dia suruh kutip balik. Aku rasa ada yang tidak betul dekat restoran itu.”
Aku mula rasa resah. Semakin ramai yang aku dengar cerita, semakin pelik dan seram. Semua orang yang pernah bekerja atau singgah lama dekat restoran itu ada pengalaman pelik atau rasa tidak selesa.
Tapi luarannya tetap nampak popular, ramai pengunjung, bunyi hiruk-pikuk biasa.
Aku mula ingat balik malam tu. Masa aku masuk restoran, aku rasa mata aku selalu tertarik pada satu sudut. Bila aku tengok balik, tiada sesiapa.
Tapi kalau benda yang Amir nampak berdiri atas restoran tu memang mustahil aku tak rasa ia ada.
Aku cuba kumpul cerita lain. Seorang pekerja lama yang aku kenal, sebut nama dia tidak perlu, cerita kepada aku bahawa restoran ni memang ‘keras’. Owner dia kadang-kadang dia buat benda pelik.
Macam kangkang nasi tu dan kalau pekerja jatuhkan makanan, dia suruh kutip balik. Kotor, tapi ramai pelanggan tidak nampak, sebab ramai yang datang malam, terlalu fokus pada makan,” katanya perlahan.
Aku mula bayangkan, benda yang Amir nampak mungkin salah satu roh atau entiti yang ada kaitan dengan restoran tu.
Aku tidak pernah percaya benda mistik sangat, tapi pengalaman ni buat aku mula ragu. Mungkin restoran ni ada sejarah gelap, tapi ramai orang tidak tahu.
Aku mula perhatikan setiap pengunjung. Mereka makan, borak, ambil gambar,
tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling. Tapi buat aku tidak. Setiap kali aku pandang ke atas restoran atau ke arah kaunter, aku rasa sesuatu menatap aku. Sesuatu yang besar yang tidak sepatutnya wujud di dunia nyata.
Hana kata, pengalamannya itu membuatkan dia tidak berani singgah seorang-seorang. “Kalau malam, aku cuma ikut kawan. Aku rasa mata dia sentiasa tengok aku,” katanya. Aku mula faham rasa takut tu.
Aku cuba ajak kawan lain datang, tapi masing-masing ada pengalaman pelik. Ada yang terdengar bisikan masa nak balik malam, ada yang rasa tangan sejuk macam kena sentuh sesuatu, walaupun restoran tu panas dan penuh orang.
Tapi benda paling pelik, semua nampak sosok besar tu, berdiri atas restoran. Tiap-tiap orang yang aku kenal yang ada pengalaman pelik tu nampak benda sama.
Aku cuba lawati restoran tu sekali lagi, tapi kali ni aku ajak ramai kawan. Malam tu, aku cuba fokus. Bunyi hiruk-pikuk, bau masakan sedap, semua macam biasa.
Tapi bila aku pandang atas, ada bayang-bayang besar dekat bumbung restoran. Aku cuba cakap dengan kawan-kawan, tapi mereka gelak, kata aku penat. Aku tidak peduli. Aku tahu apa aku nampak.
Sejak dari malam tu, aku mula elak restoran tu. Tapi aku tidak boleh elak dengar cerita baru setiap minggu. Pemilik restoran tu tetap berbisnes, ramai pengunjung.
Tapi pekerja ada yang berhenti sebab takut, ada yang buat hal sendiri bila tengok benda pelik tu.
Aku tidak tahu apa yang jadi pada restoran tu dulu, tapi yang pasti, ramai yang nampak benda sama.
Dari sosok berbadan besar, ganas, berdiri atas restoran, kotor, pelik. Owner yang pelik dan kangkang nasi tu, suruh kutip ayam yang jatuh; semua benda ni buat restoran ni lebih menyeramkan dari yang ramai orang sangka.
Aku tidak pernah berani masuk seorang-seorang lagi. Setiap kali dengar bunyi hiruk-pikuk restoran tu, aku bayangkan sosok besar tu berdiri atas restoran, menatap setiap pengunjung.
Aku tahu, kisah ni bukan khayalan. Setiap kawan yang aku kenal yang pernah pergi, cerita sama.
Sosok besar tu memang ada, menunggu malam, menunggu pengunjung yang terlalu asyik dengan makanan, tapi tak tahu apa yang sedang mengintai dari atas.
Aku harap aku tidak pernah ajak kawan masuk restoran tu lagi. Sebab aku tahu, ada sesuatu yang lebih dari biasa sedang menunggu di atas restoran dan tak mahu diganggu.
Sejak malam tu, setiap kali aku lalu depan restoran tu, aku pandang dari jauh dan sosok tu masih berdiri atas restoran dalam bayangan, menunggu. Orang ramai tidak nampak. Tapi aku tahu, benda tu masih ada dan aku yakin, ia takkan pergi begitu sahaja.

