Tiada masa untuk membuat temu janji dengan doktor gigi bukan alasan untuk awda membiarkan gigi terus kekuningan.
Terdapat beberapa, tip atau petua yang berguna untuk mengembalikan gigi putih berseri.
RAJINKAN DIRI FLOS GIGI
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan guna ubat gigi jenis fluorida, di samping jangan lupa untuk flos gigi selepas makan.
Awda perlu memastikan gigi dan gusi bebas daripada karang gigi kerana ia menyebabkan kerapuhan gigi.
TUKAR BERUS GIGI DENGAN KERAP
Awda harus menukar berus sekurang-kurangnya setiap dua atau tiga bulan termasuk jenis elektronik.
Ini dapat mengelakkan bakteria yang tidak diingini masuk ke dalam mulut. Di samping itu, awda perlu memastikan berus yang digunakan serasi dengan bentuk gigi.
BERSIHKAN LIDAH
Selain menggunakan ubat kumur, lidah juga perlu diberi perhatian. Justeru, awda disarankan untuk menggunakan pembersih lidah setiap pagi bagi membuang plak pada lidah. Di samping itu, ia juga adalah untuk mengelakkan bakteria daripada berkumpul sekali gus memberikan kesegaran pada nafas awda.
UJI BAU NAFAS
Awda hanya perlu menjilat belakang tapak tangan dan hidu air liur ketika ia masih basah. Jika berbau, ini bermakna awda perlu mengambil gula-gula jenis mint atau kumur mulut dengan ubat bebas alkohol.
Selain itu, perlu diambil perhatian juga jika awda menggunakan jenama penyegar mulut yang mengandungi alkohol berlebihan kerana ia boleh mengeringkan tisu dalam mulut.
GOSOK GIGI DUA KALI SEHARI
Gosok gigi selepas bangun dan sebelum tidur itu adalah dimestikan. Ini kerana air liur yang terkumpul menghalang kaviti dan menjadi kering pada waktu malam.
Ini menyebabkan gigi mudah terdedah dengan kerosakan. Malah, jika awda membersihkan gigi setiap pagi membantu mengurangkan bakteria, plak dan nafas berbau. – Agensi