Jangan jadikan tudung sebagai alasan untuk awda tidak menjaga rambut. Hal ini kerana aliran udara yang tidak sempurna ketika bertudung boleh menyebabkan rambut awda rosak.
Penjagaan rambut yang betul dan rapi amat penting agar rambut awda sihat dan cantik. Berikut dikongsikan tip penjagaan rambut buat awda para hijabista.
GUNA SYAMPU KHUSUS KULIT KEPALA SENSITIF
Rambut berhijab cenderung berminyak dan lembap.
Pilih syampu yang formulanya ringan khusus untuk kulit kepala sensitif kerana ia akan menyeimbangkan kondisi kulit kepala dan mencegah tumbuhnya kelemumur.
PUPUR RAMBUT
Rajinkan diri awda untuk memakai pupur rambut. Lakukan selama 20 minit, satu kali seminggu.



Jika awda tidak dapat melakukannya sendiri, awda boleh dapatkan rawatan rambut di salon profesional.
Pupur rambut dapat membaiki kerosakan rambut dan memelihara kulit kepala supaya sihat.
KERINGKAN RAMBUT
Elak mengikat rambut dan memakai tudung ketika rambut masih basah. Rambut yang basah lebih sensitif dan terdedah dengan cepat terhadap kerosakan.
Biarkan rambut kering dengan sendirinya ataupun gunakan pengering rambut tetapi set suhu paling rendah atau sederhana.
POTONG RAMBUT
Setiap empat atau enam minggu cuba potong rambut awda untuk membuang hujung rambut yang bercabang dan kering.
Jangan abaikan rambut awda, biarkan rambut tumbuh dengan sihat. – Agensi

