Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa malam adalah waktu yang tepat bagi kulit untuk melakukan regenerasi kulit.
Regenerasi kulit adalah penggantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baharu atau muda.
Regenerasi kulit atau pertumbuhan semula kulit baharu akan membuatkan kulit menjadi lebih sihat, lembut, licin serta dapat menghindari dari kemunculan kedutan dan garis penuaan pada wajah.
Dimestikan untuk awda membersihkan terlebih dahulu sisa solekan pada wajah sebelum tidur supaya kulit dapat bernafas dengan sempurna. Pada waktu siang kulit memerlukan perlindungan manakala pada malam hari pula kulit perlukan rawatan bagi memperbaiki segala masalah yang ada pada wajah.
Walaupun tidak terdedah dengan pancaran matahari, kulit pada malam hari juga akan hilang kelembapan disebabkan oleh penghawa dingin. Jadi, awda disarankan untuk melakukan tip penjagaan wajah pada malam hari untuk kulit yang cantik halus mulus.


1. MEMEBERSIHKAN SOLEKAN
Penting untuk membersihkan solekan sebelum tidur agar wajah tidak mengalami masalah seperti jerawat.
2. CUCI WAJAH
Setelah menanggalkan solekan, cuci muka dengan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit awda bagi menghilangkan sisa kotoran yang ada pada wajah.
3. MENGGUNAKAN PENYEGAR WAJAH
Penyegar membantu membersihkan wajah ada dari sisa kotoran solekan yang tidak dapat dihilangkan oleh penanggal solekan.
4. KRIM MALAM
Krim malam sangat penting dalam rutin penjagaan malam. Ia membantu melembapkan wajah yang kering dan membaiki sel-sel kulit yang rosak kerana seharian berada di bawah sinaran matahari.
5. PUPUR WAJAH
Rajin-rajinlah memakai pupur wajah. Ia dapat menyuntik nutrisi pada kulit. Awda boleh memakai pupur wajah satu atau dua kali seminggu.
Pupur wajah mampu memberikan kesan yang diingini lebih pantas.
6. MIMUN AIR PUTIH SEBELUM TIDUR
Air putih sangat penting dalam penjagaan tubuh dan kulit. Air putih dapat meneutralkan garam dan zat-zat dalam badan. – Agensi

