Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahsia kecantikan Michelle Yeoh

    KUALA LUMPUR – Tan Sri Michelle Yeoh adalah selebriti terbaharu yang dipaparkan dalam video rejim kecantikan Vogue.

    Bintang seperti Jennifer Garner, Julianne Moore dan Mindy Kaling telah muncul dalam video ini menampilkan rutin penjagaan kulit harian dan petua kecantikan ketika mereka bersiap sedia untuk mengharungi hari itu.

    Dalam video berdurasi lapan minit itu, Yeoh berkata bahawa ibunyalah yang mengajarnya cara menjaga kulitnya.

    “Ingatan terawal saya untuk menjaga kulit adalah melihat ibu saya melakukannya setiap hari – pagi dan malam.

    “Dia melakukan semua perkara yang luar biasa ini di mana dia, seperti, melakukan seni mempertahankan diri di mukanya,” kongsinya kepada Vogue.

    Michelle Yeoh ialah selebriti terbaharu yang dipaparkan dalam video rutin kecantikan Vogue. – ANN/The Star

    “Dia berumur 83 tahun dan dia nampak sungguh menakjubkan,” Yeoh memuji ibunya, Datin Janet Yeoh.

    Bercakap tentang seni mempertahankan diri, Yeoh berkata semasa dia bersiap pada waktu pagi, dia juga bersenam. Sambil menyelam minum air, menurutnya.

    “Biasanya apabila saya melakukan semua ini (mengurut muka), saya melakukan senaman. Ingat, awda boleh melakukan tendangan awda, awda boleh melakukan regangan awda, sementara awda juga berasa cergas,” kata pemenang Oscar itu.

    Apabila bercakap mengenai bedak asas, pelakon berusia 61 tahun itu percaya bahawa kurang adalah lebih baik.

    “Satu perkara yang saya pelajari adalah, apabila awda mempunyai solekan yang terlalu tebal, ia cenderung menyerlahkan kulit berkedut,” kata bintang The Brothers Sun.

    Nasihat lain yang diwariskan oleh Mama Yeoh adalah mencabut bulu keningnya sendiri.

    “Satu perkara yang ibu saya selalu ajar saya adalah, jangan biarkan sesiapa mencabut bulu kening awda kerana ia tidak akan tumbuh semula dengan betul.

    “Saya cukup diberkati dengan (kening) yang nampak semula jadi. Saya cuba tidak mencabutnya secara berlebihan. Saya biarkan sahaja,” katanya.

    Tetapi nasihat terbaik yang boleh dia kongsikan, kata Yeoh, adalah yakin terhadap diri sendiri.

    “Sentiasa menjadi diri awda yang sebenar … Akhirnya, siapa awda akan sentiasa menyerlah. Perkara yang paling penting bagi saya ialah dapat menemui dan memperbaiki diri saya, lebih berhati baik, bertingkah laku yang lebih baik.” – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda