Kunci kulit yang berseri semula jadi dari dalam tanpa sebarang masalah iritasi adalah berpunca dari gaya pemakanan.
Ramai yang mengambil ringan akan soal pemakanan sedangkan ia bukan sahaja menjamin kesihatan tubuh badan, malah juga dari segi keserian wajah.
Berikut dikongsi beberapa jenis makanan yang awda patut elak supaya kulit wajah berseri semula jadi.
KEJU SUSU LEMBU
Tenusu sebenarnya menjadi punca masalah kulit seperti jerawat. Ini kerana ia mengandungi banyak hormon dari lembu yang mana boleh bertukar menjadi hormon jerawat pada manusia.
Kajian yang dilakukan pada tahun 2009 mendapati susu lembu menjadi punca peningkatan ramai orang mengalami masalah jerawat.


BISKUT KERING DAN SUMBER KARBOHIDRAT PROSES
Sumber makanan karbohidrat proses kebanyakannya meningkatkan kadar insulin. Ini termasuklah roti, bijirin, pasta, nasi dan makanan serta minuman manis. Makanan karbohidrat proses ini berpecah dengan cepat dan bertukar menjadi gula dan ia sekali gus meningkatkan kandungan insulin dalam tubuh. Pakar mendapati lebih banyak insulin, lebih banyak jerawat akan tumbuh.
JUS
Jika ia berasa manis, berkemungkinan ia mengandungi terlalu banyak gula. Kebanyakan minuman jus mengandungi lebih dari 50 gram gula.
Dan ramai yang terlupa akan kandungan fiber semula jadi yang ada pada buah-buahan di mana ia membantu dalam pembuangan insulin. Jadi jika awda boleh kurangkan pengambilan gula, kulit awda akan pasti akan lebih berseri.
SODA
Soda mengandungi banyak gula dan bahan kimia lain yang mana kesemuanya menghasilkan masalah radang pada tubuh. Soda tidak hanya meningkatkan tahap insulin, tetapi juga mengganggu bakteria sihat yang ada dalam tubuh kita.
Masalah kulit seperti ekzema, jerawat dan banyak lagi adalah bukti kepada yang menyebabkan ketidakseimbangan bakteria.
SUP TIN
Sup tin kaya dengan sodium dan BPA (bisphenol). Kandungan garam yang ada dalam sup tin boleh membuatkan kulit mengalami masalah kekurangan air dan kelihatan kering serta kusam.
TUNA TIN
Tuna tin selalunya dihasilkan dari sumber ikan ternak dan kekurangan nutrien. Bahkan, tuna juga tinggi kandungan merkuri yang mana boleh menjadi punca kepada keracunan merkuri.
KOPI
Kafein adalah diuretik yang menyebabkan badan awda kehilangan air dan dehidrat. – Agensi
