Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahsia letusan gunung berapi di lautan ditemui

    SYDNEY, 11 Jan – Kajian oleh Universiti Tasmania berjaya membongkar rahsia letusan gunung berapi terbesar di lautan selepas memetakan lokasi terpencil itu, lapor agensi berita Xinhua.

    Terletak 1,000 kilometer dari Pulau Utara New Zealand, Gunung Berapai Havre pertama kali ditemui pada 2002 dan pada 2012, ia menarik perhatian ahli sains apabila lebih daripada 400 kilometer persegi letusan batu gunung berapi yang sudah keras dikenali ‘’rakit pumice’’ dikesan oleh satelit.

    “Batu yang dihasilkan oleh gunung berapi, muncul ke permukaan laut dan kemudiannya disebarkan oleh arus angin dan laut,” kata ahli volkanologi Universiti Tasmania merangkap ketua penyelidik, Dr Rebecca Carey kepada Xinhua.

    “Kami tahu ia adalah letusan besar-besaran yang bersamaan dengan letusan terbesar pernah dilihat pada abad ke-20,” kata ahli volkanologi Universiti Tasmania merangkap ketua penyelidik, Dr Rebecca Carey kepada Xinhua.

    Gambar yang diambil dari sebuah laman sesawang di Australia menunjukkan Dr. Rebecca Carey memegang pumis yang terdampar di sebuah pantai Australia. Dr. Rebecca telah diminta untuk menyiasat sumber pumis yang banyak terdampar di pantai-pantai Australia dan New Zealand.

    Bersama dengan dengan pasukan penyelidik dan kolaborator antarabangsa, saintis menghantar dua kapal selam ke lokasi terpencil itu.

    “Kita menggunakan kapal selam autonomi untuk membuat peta topografi resolusi tinggi di dasar laut,” kata Carey.

    “Kira-kira 12 kaji selidik berlainan selama lapan hingga 12 jam untuk setiap satu dijalankan dan peta itu mempunyai resolusi sangat tinggi, Kami juga membawa balik sampel,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda