Ingin kelihatan muda remaja setiap masa? Berikut dikongsi jenis makanan yang mampu menjadikan kulit awda mulus dan muda.
Siapa yang tidak mahu cantik dan awet muda sentiasa biarpun sudah meningkat usia. Namun, sebenarnya dengan penggunaan barangan kecantikan tidak boleh menjamin 100 peratus terhadap kulit agar sentiasa akan kekal sihat dan tidak mengalami penuaan.
Kunci utama untuk kulit cantik dan berseri adalah dari segi pemakanan yang awda amalkan setiap hari. Semakin buruk cara pemakanan, maka semakin teruk impaknya pada kulit awda.
Jadi, mulai sekarang adalah adalah lebih baik bagi awda untuk mengamalkan pengambilan jenis makanan berikut bagi menghindari masalah kulit berjerawat, kusam, kering dan sebagainya.
1. BIJI LABU
Biji labu mempunyai penawar untuk menghilangkan bintik cela kerana ia kaya dengan kandungan zink.
Kajian mendapati mereka yang mengalami masalah jerawat cenderung mengalami masalah kekurangan zink. Jadi, apa kata jika awda memulakan pengambilannya setiap hari sebanyak satu ke dua sudu.


2. KACANG BUNCIS
Sayur ini mempunyai kandungan silikon. Kajian yang dijalankan mendapati pengambilan jenis makanan tambahan atau suplemen yang mengandungi silikon mampu memberikan rambut yang kuat dan lebat dalam masa sembilan bulan.
3. DAUN PEGAGA
Ia kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan masalah rengsaan dan saiz pori yang besar. Daun pegaga juga boleh menyalurkan zat besi yang sekali gus membantu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri.
4. FLAXSEED
Flaxseed merupakan senjata utama untuk mengatasi masalah kulit mengelupas. Ia diperkaya dengan kandungan asid lemak Omega-3 yang membantu dalam menghidratkan kulit.
5. TELUR
Pakar pemakanan menyarankan agar mengamalkan melitupi kuku jari dengan sebiji telur kerana ia kaya dengan biotin dan ia terbukti mampu menjadikan kulit lebih kuat dan sihat.
6. EPAL
Adakah awda mengetahui bahawa memakan sebiji buah epal setiap hari mampu mengelakkan diri awda dari masalah gigi. Ia dikatakan mampu menanggalkan kesan kotoran pada gigi yang berpunca dari pengambilan kopi dan teh.
7. BAYAM
Lutein yang terkandung di dalam sayur bayam mempunyai khasiat dalam melindungi mata dan membuatkan mata sentiasa kelihatan bersinar.
8. KIWI
Jika awda ingin tampak sentiasa muda, amalkan pengambilan buah kiwi kerana ia kaya dengan vitamin C. Kiwi boleh melambatkan proses penuaan dan sekali gus merangsang penghasilan kolagen yang memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal. – Agensi

