Bila menyentuh bab pakaian ramai lelaki sebenarnya cukup sensitif. Ini kerana pakaian itu merupakan identiti mereka setiap hari.
Dan berfesyen itu juga adalah satu perkara yang cukup subjektif. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain.
Namun dalam berfesyen juga kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Ada sesetengah jenis pakaian dan gaya cukup sesuai untuk kita dan begitu juga sebalik.
Kesesuaian pula bergantung kepada banyak faktor dan salah satunya ialah faktor usia.
Walaupun tidak selalu, berfesyen perlu selari dengan peningkatan usia. Bukan sahaja ia menunjukkan kematangan tetapi ia boleh memberi persepsi pandang pertama yang tidak tepat kepada orang lain jika gaya itu tidak sesuai dengan usia.
Jadi apakah jenis pakaian dan gaya yang tidak sesuai untuk lelaki 35 tahun ke atas? Berikut dikongsi beberapa tip mengenainya.


JEAN SKINNY
Lupakan zaman kegemilangan awda ketika era indie dahulu. Zaman itu sudah lama berlalu. Biarlah anak muda sahaja yang memakai seluar tersebut. Lebih buruk lagi jika perut awda semakin maju dan ia tidak sesuai untuk dipakai.
TOPI BESBOL
Tidak salah memakai topi besbol jika awda melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari yang panas. Tapi ia tidak sesuai jika awda memakainya sepanjang masa berada di dalam panggung wayang. Selain itu, awda juga akan nampak tidak serius dan bersusah payah untuk kelihatan muda.
STOCKING ANKLE
Pakailah stoking normal yang sesuai untuk awda. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan stoking ankle yang tidak sesuai dengan umur awda yang semakin matang. Lebih parah kalau ada yang memakai stoking jenis ini dengan kasut sneakers.
AKSESORI SEPERTI RANTAI MANIK
Mungkin zaman muda dulu awda seorang yang cukup ekspresif dan berjiwa seni. Tapi bila usia sudah semakin meningkat mungkin boleh simpan aksesori seperti itu di dalam laci almari sahaja. Aksesori lelaki matang perlu kelihatan lebih berkelas dan tidak terlalu menonjol.
HOODIE
Perlu diingat, awda perlu memakainya sesuai dengan keadaan. Sebagai contoh, hoodie boleh saja awda pakai jika berada dalam keadaan cuaca sejuk atau di dalam bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara. Akan tetapi, sekiranya awda memakainya sepanjang masa walaupun dalam cuaca panas, ia merupakan perkara yang ganjil.
SINGLET
Ingin menonjolkan otot lengan yang padu ke sana-sini dengan memakai singlet? Sebenarnya tidak perlu untuk semua itu. Cukup hanya dengan memakai t-shirt atau kemeja pun orang boleh tahu.
RANTAI BEG DUIT
Rantai beg duit ini satu gaya yang tidak pernah ditelan zaman. Akan tetapi buat awda berusia 35 tahun ke atas, ia merupakan antara aksesori yang tidak sesuai.
BAJU-T KARTUN
kebanyakan orang tidak peduli akan baju-T kartun awda walaupun ia adalah baju vintaj. Mungkin dalam kalangan penggemar akan mengaguminya namun tidak kepada umum. Simpanlah untuk koleksi peribadi semata bukan untuk tayangan di badan awda.
PAKAIAN OVERSIZE
Sesetengah jenama memang terkenal dengan pilihan pakaian oversize. Mungkin ia menjadi kegemaran awda ketika zaman kegemilangan pada usia 20an dahulu. Tapi tidak sekarang!
Pada usia ini, awda sepatutnya tahu apakah jenama dan juga jenis potongan yang sesuai untuk diri sendiri. Dan semestinya bukan pakaian dengan gaya oversize.
SELUAR JEAN LUSUH
Seluar jean merupakan item fesyen yang relevan untuk semua peringkat usia. Tapi tidak seluar jean yang lusuh dan koyak-rabak. – Agensi

