Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahsia yang terpendam

    NOVEL One of Us is Lying adalah kisah mengenai apa yang terjadi apabila lima orang yang saling tidak mengenali sesama sendiri ditahan selepas waktu persekolahan dan hanya empat daripadanya yang keluar dari sekolah dalam keadaan masih bernyawa.

    Semua mereka menjadi suspek dan kesemuanya mempunyai rahsia yang mereka sembunyikan. Tumpukan perhatian dan anda mungkin akan dapat menyelesaikan kes ini.

    Pada petang Isnin, lima orang pelajar di Bayview High telah menjalani hukuman penahanan selepas waktu persekolahan. Bronwyn, seorang yang pintar, akan meneruskan pengajian ke universiti terkemuka dan tidak pernah melanggar sebarang peraturan. Addy, si cantik rupawan, mempunyai perwatakan gadis yang sempurna. Nate, seorang samseng, sedang menjalani tempoh percubaan kerana kesalahan yang dilakukannya. Cooper, seorang atlet, adalah bintang dalam permainan bola lisut. Dan Simon pula, orang yang terpinggir, dan pencipta aplikasi gosip yang terhangat di Bayview High.

    Hanya Simon yang tidak pernah keluar dari kelas tahanan. Sebelum tempoh hukuman tamat, Simon sudah kehilangan nyawanya. Menurut siasatan, kematiannya bukanlah kemalangan. Kejadian tersebut berlaku pada Isnin sedangkan pada hari Selasa, Simon bercadang untuk menyebarkan gosip membongkar rahsia keempat-empat yang lain, menjadikan mereka suspek utama kes pembunuhan itu.

    Adakah mereka hanya menjadi kambing hitam kepada pembunuh yang kini masih berkeliaran? Semua orang mempunyai rahsia sendiri, namun sejauh manakah anda sanggup lakukan demi memastikan rahsia anda tidak terbongkar?

    Novel One of Us is Lying adalah sebuah kisah mengenai lima orang yang saling tidak mengenali sesama sendiri ditahan selepas waktu persekolahan dan hanya empat daripadanya yang keluar dari sekolah dalam keadaan masih bernyawa. Kesemua mereka ini mempunyai rahsia yang tersembunyi.
    Novel One of Us is Lying adalah sebuah kisah mengenai lima orang yang saling tidak mengenali sesama sendiri ditahan selepas waktu persekolahan dan hanya empat daripadanya yang keluar dari sekolah dalam keadaan masih bernyawa. Kesemua mereka ini mempunyai rahsia yang tersembunyi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda