Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rai aidilfitri bersama pesakit

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Para pesakit wad Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan dan merasakan kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi Majlis Penyampaian Hadiah Raya kepada Pesakit-pesakit Wad Hospital RIPAS Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2020, hari ini.

    Majlis yang diadakan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Hospital RIPAS menyaksikan sebanyak 230 bungkusan hadiah raya diberikan kepada pesakit-pesakit dari Wad 12, Wad 14, Wad 17, Wad 18, Wad 19, Wad 21, Wad 27, Wad 31. Wad 33 dan Unit Pediatrik Akut.

    Sumbangan hadiah raya berkenaan adalah daripada Hospital RIPAS dan turut memberikan sumbangan hadiah raya kepada pesakit-pesakit wad hospital berkenaan ialah Syarikat Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Hospital RIPAS, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Hospital RIPAS serta pegawai dan kakitangan RBC.

    Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan hadiah raya daripada RBC yang disampaikan oleh Pengurus Besar RBC, Haji Jeff Hadiman bin Dato Haji Danial kepada Awang Abdol Hazis.

    Majlis kemudian menyaksikan Awang Abdol Hazis menyampaikan hadiah raya kepada Ketua Perkhidmatan Kejururawatan, Hospital RIPAS, Hajah Kartini binti Haji Suhai selaku penerima hadiah raya ke wad-wad pesakit.

    Penyampaian hadiah raya berkenaan bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Hari Raya bagi pesakit-pesakit serta keluarga, memberikan pemedulian dan perhatian berterusan kepada mereka yang sedang menerima rawatan serta tidak berkesempatan untuk meraikan sambutan Hari Raya di rumah sendiri.

    Para pegawai dan kakitangan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta RBC bergambar ramai di akhir majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda