Sunday, September 29, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rai Hari Kesedaran Autisme dengan khidmat percuma

    TUTONG, 26 MEI – Dalam menyemarakkan Hari Kesedaran Autisme sedunia yang disambut setiap April, Sekolah Menengah Muda Hashim (SMMH) julung kalinya mengadakan program Infak Haircut.

    Dilaksanakan dengan kerjasama Unorthodox Barber & Friends, program diadakan di Dewan Jubli SMMH.

    Sepuluh orang tukang gunting rambut dari lima buah kedai gunting tempatan menyumbangkan khidmat mereka dalam program berkenaan iaitu dari Unorthodox Barber & Studio, Jerudong; Barber Street 82, Rimba; Barber 343, Mulaut; Barberku, Berakas dan Klippa Co, Kuala Belait.

    Khidmat gunting rambut diberikan kepada pelajar pra-vokasional, pelajar-pelajar anak yatim dan guru-guru lelaki di sekolah berkenaan.

    Salah seorang pelajar ketika menerima khidmat gunting rambut secara percuma. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH MENENGAH MUDA HASHIM, TUTONG
    Gambar ramai semasa program yang diadakan di SMMH baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH MENENGAH MUDA HASHIM, TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda