TUTONG, 26 MEI – Dalam menyemarakkan Hari Kesedaran Autisme sedunia yang disambut setiap April, Sekolah Menengah Muda Hashim (SMMH) julung kalinya mengadakan program Infak Haircut.
Dilaksanakan dengan kerjasama Unorthodox Barber & Friends, program diadakan di Dewan Jubli SMMH.
Sepuluh orang tukang gunting rambut dari lima buah kedai gunting tempatan menyumbangkan khidmat mereka dalam program berkenaan iaitu dari Unorthodox Barber & Studio, Jerudong; Barber Street 82, Rimba; Barber 343, Mulaut; Barberku, Berakas dan Klippa Co, Kuala Belait.
Khidmat gunting rambut diberikan kepada pelajar pra-vokasional, pelajar-pelajar anak yatim dan guru-guru lelaki di sekolah berkenaan.