Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rai hijrah, kepulangan jemaah haji

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menganjurkan Majlis Sambutan Awal Tahun 1447 Hijrah bertempat di Masjid Universiti, kelmarin.

    Majlis yang dihadiri oleh Ketua Kampung Kawasan Perumahan Rimba, Gadong, AJK takmir masjid, Muslimah dan jemaah masjid itu bertujuan sebagai tanda kesyukuran serta meraikan kepulangan jemaah haji baru-baru ini.

    Acara dimulakan dengan bacaan wirid dan Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah, sembahyang Maghrib berjemaah dan bacaan wirid dan Doa Awal Tahun 1447 Hijrah.

    Majlis diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Awang Muhammad Waqiuddin Fakhri bin Haji Damit, diikuti sembahyang fardu Isyak secara berjemaah, dikir dan bacaan Doa Selamat serta Doa Kesyukuran bagi kepulangan jemaah haji.

    Para jemaah mendengarkan ceramah yang disampaikan. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MASJID UNIVERSITI
    Para jemaah mengaminkan doa semasa Sambutan Awal Tahun 1447 Hijrah di Masjid Universiti, UBD, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MASJID UNIVERSITI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda