Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Bagi menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi, QAF Auto Sdn Bhd menganjurkan jerayawara Joy Welcomes Ramadan bermula hari ini hingga Ahad di The Mall, Gadong.
Pada pameran tiga hari tersebut, beberapa kenderaan BMW terkini turut dipamerkan antaranya BMW 330i Sport, BMW X1 sDrive18i M Sport dan BMW X3 xDrive20i xLine.
Jerayawara berkenaan turut membolehkan para pelanggan untuk mendapatkan pakej eksklusif Ramadan QAF Auto seperti BMW Service Inclusive percuma selama lima tahun atau 100,000km dan tawaran tukar beli yang tinggi.
Juga hadir pada jerayawara berkenaan, hari ini, ialah Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan.
Apa yang menarik pada promosi Ramadan kali ini ialah bagi pelanggan yang membeli kenderaan BMW semasa kempen berkenaan akan berpeluang memenangi hadiah berupa lawatan eksklusif ke BMW Welt yang terletak di Munich, Jerman.
Kemeriahan promosi pada kempen Ramadan berkenaan tidak berakhir begitu saja apabila, QAF Auto turut menawarkan kadar faedah serendah 3.75 peratus apabila mereka membeli kenderaan semasa jerayawara berkenaan.
Pengimport tunggal kenderaan BMW di negara ini itu turut membawakan beberapa barangan berjenama BMW seperti baju-T, kasut, beg galas dan banyak lagi pada acara tersebut bagi memberi peluang orang ramai untuk membelinya.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk menguji pandu kenderaan dan menerima baucar kopi secara percuma.

