Monday, January 20, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rai peralihan remaja menuju alam dewasa

    YOKOHAMA, JEPUN – Sambutan Hari Kedewasaan di Jepun merupakan tanda-tanda ketara kedatangan musim sejuk, tiba selepas perayaan Tahun Baharu dan sebelum pesta bunga sakura pada awal musim bunga.

    Cuti kebangsaan ditetapkan pada hari Isnin kedua bulan Januari.

    Orang ramai akan hadir untuk mengagumi pakaian mewah yang dipakai oleh golongan muda untuk meraikan peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada dewasa. Umur dewasa telah diturunkan dari 20 kepada 18 tahun, tetapi ramai peserta masih berumur dalam lingkungan 20 tahun.

    Kaum lelaki biasanya memakai sut hitam, tetapi wanita kelihatan berseri-seri dalam pakaian kimono yang ditenun dalam corak berkilauan – selalunya motif bunga – dan pelbagai warna terang, kebanyakannya dipadankan dengan dandanan rambut yang dihiasi dengan alat hiasan rumit dan beg tangan yang mewah.

    Dalam gambar yang dirakam oleh ketua jurugambar Tokyo, Eugene Hoshiko, kumpulan orang muda berlegar-legar pada Isnin di jalan-jalan di Yokohama, sebuah bandar yang membentuk sebahagian daripada ibu negara Tokyo. Wanita itu memakai sarung pemanas tangan bulu untuk menahan daripada kesejukan.

    Seorang wanita boleh dilihat berbual di telefon bimbitnya. Rata-rata wajah-wajah mereka terpampang senyuman lebar berseri-seri dan menampilkan pelbagai gaya, swafoto dan pelukan mesra. – AP

    Lelaki memakai sut dan wanita memakai kimono tiba untuk sambutan Hari Kedewasaan di Yokohama, berdekatan Tokyo. – AP
    Wanita mengambil gambar selepas majlis di Yokohama. – AP
    Seorang gadis dengan hiasan rambut meraikan Hari Kedewasaan di Yokohama. – AP
    ATAS & BAWAH: Orang dewasa tiba untuk sambutan Hari Kedewasaan di Yokohama. – AP
    Gambar AP
    Seorang wanita dalam pakaian kimono memakai sarung kaki tabi dan sandal zori meraikan Sambutan Kedewasaan di Yokohama. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda