Thursday, September 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rai tahun baharu bersama suami, Cardi B tiada niat kembali ke pangkuan Offset

    Selepas video Cardi B bersama suami meraikan malam tahun baharu di sebuah kelab malam di Miami tular, ramai membuat spekulasi pasangan itu sudah kembali berbaik.

    Cardi, 32, bagaimanapun memberitahu mereka tidak merancang meraikan ambang tahun baharu bersama dan berada di kelab tersebut secara kebetulan.

    Tambahnya, dia tetap dengan pendirian mahu meneruskan penceraian dengan Offset meskipun malam berkenaan mereka bermalam bersama.

    “Adakah saya berparti dengan bapa kepada anak-anak saya? Jawapannya ya. Adakah kami melakukan hubungan seks pada malam itu? Jawapannya juga ya.

    “Kami berkahwin selama tujuh tahun namun saya tidak ada perancangan untuk kembali ke pangkuannya,” katanya.

    Cardi memaklumkan perkara itu ketika membuat siaran langsung di X (Twitter) yang sempat dirakam oleh peminatnya.

    Pemenang anugerah Grammy itu merasakan bahawa dia dan Offset atau Kiari Kendrell Cephus masih mempunyai perasaan cinta di antara satu sama lain.

    Bagaimanapun, Cardi menjelaskan dengan meraikan malam tahun baharu bersama itu tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi.

    Cardi turut mendedahkan mereka kini sedang menjalani terapi pasangan dan bakal kembali bersama sekiranya semua berjalan dengan lancar.

    Untuk rekod, Cardi B dan Offset berkahwin secara rahsia pada 2017 namun berpisah pada Disember 2023.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kulture Kiari, 6 dan Wave Set, 3 tahun. – Agensi

    Cardi B dan Offset sambut malam tahun baharu bersama. – Mstar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda