Wednesday, February 26, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rai ulang tahun ke-88, erat tali kekeluargaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin, keluarga Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhammad Taha bin Abdul Rauf telah mengadakan majlis Doa Selamat dan Kesyukuran, baru-baru ini.

    Majlis yang berlangsung di kediaman OKJP Dato Paduka Haji Muhammad Taha di Kampung Keriam itu diadakan sempena ulang tahun ke-88 tahun usia beliau yang mana majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan beliau yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kegembiraan tersebut.

    Dengan adanya majlis seumpamanya, ia memberi peluang kepada ahli keluarga OKJP Dato Paduka Haji Muhammad Taha berkumpul seterusnya meluangkan masa bersama selain dapat memperkukuhkan lagi hubu-ngan dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga dan
    rakan-rakan.

    Pada majlis itu, Doa Selamat dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Keriam, Tutong, Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar.

    Gambar ramai keluarga OKJP Dato Paduka Haji Mohammad Taha semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda